Patah takkan tumbuh, Hilang takkan berganti
8 November 2017.
Wow, at the time hg rasa this year is going to turn out great and full of happiness and everything, haha YOU DON'T.
As I was so full of excitement, so happy sbb baru ja lepas graduat kan, semua tengah happy happy kelebek topi grad, bunga konvo kemetot and ceklet satu, tengah planning nak beli itu, ini utk esok, sebab esok dah nak balik kl, tiba tiba, Tuhan nak tunjuk betapa power nya Dia, hg disampaikan dengan satu perkabaran berita sedih, berkenaan pemergian seseorang yg hg sangat sangat sangat sayang. Dia pergi menghadap Pencipta.
Semalam hg happy gila, tak peduli dengan penat berpeluh bawah panas matahari, hari ini, Tuhan pusing 360 darjah perasaan hg. Hg tau apa perasaan hg? hg rasa devastated, hg rasa miserable yg teruk, hg rasa down, hg rasa terduduk terjelepok jatuh ke tanah, suddenly hg rasa saluran pernafasan hg tersekat, hg mcm tak boleh nak control emosi hg pagi tu, kepala otak hg duk berjalan bertubi tubi fikir nak hadam semua berita ni.
Betul ka ni? real ka ni? jangan la main main dengan aku, benda ni tak lawak k? aku rasa nak marah dekat kakak aku pagi tu, berani dia melawak hal hal mati ni dengan aku pagi pagi? nak ja aku tumbuk muka dia, tapi takkan dia nak melawak benda ni dekat aku? serta merta air mata pun turun macam tak berpenghujung.
Serta merta aku siap siap dan abaikan tiket balik kl yg sepatutnya malam pukul 7pm, aku fast & furious ke airport kuching dan terus beli tiket balik kl dr kaunter AA. terbang melayang ratusan ringgit, tapi aku tak peduli, dlm kepala otak aku, aku nak balik kedah, aku nak jumpa dia. one last time. dalam hati aku, Tuhan tolong la bg peluang terakhir utk aku jumpa dia, aku nak cium dia, aku nak peluk dia, aku nak peluk dia kuat kuat, aku nak usap pipi dia, muka dia, aku nak rakam betul betul dalam otak aku, senyuman dia, kedut kedut tua dekat muka dia, halus tangan dia, aku nak genggam erat pergelangan tangan dia, aku nak buat semua. Tuhan, tolong...
sepanjang perjalanan flight KCH - KUL, KUL - AOR, aku rasa lambattt sangat, elok aku sampai dekat airport alor setar, pak teh aku call dan cakap depa tak boleh tunggu, pihak masjid tak bg, sebab kena ikut timing depa, lagipun tak elok kebumi lambat. Aku mcm blurr dekat hujung talian tu, aku cuma cuba hadam suara sayu Pakteh, okay, aku redha Tuhan tak tentukan aku jumpa dia.
Sayu hati beb, sepanjang haritu aku cuba nak tenangkan diri aku, tapi aku tak boleh. hampa jangan tanya la keadaan aku sepanjang dlm flight, dekat airport. air mata mengalir ja. org yg lalu lalang mesti ingat aku ni gila, takpun kena tinggai dengan laki. lantak lah hampa.
boleh dak hampa bayangkan, sepanjang hampa hidup, setiap kali hampa balik rumah kat kampung halaman, hampa tau for sure, akan ada seorang manusia yg setia tunggu hang, dalam rumah tu, hg tau dia takkan pi mana mana. dia sentiasa ada. kalau tak kat living hall tgh tgok tv, dia dekat dapur maybe tgh masak atau saja duduk hirup kopi o panas kesukaan dia, kalau tak kat dapur, dia dekat bilik dia, tgh baring sambil kipas kipas badan dia guna kipas satay tu, takpun tgh mandi dlm toilet dia, takpun tgh tdoq, kalau takda dlm bilik, mungkin dia dekat belakang rumah, tgh chill atas kerusi roda dia sambil tengok tengok pokok dia. situ la tempat tempat dia. hg takpayah khuatir, hg tau dia ada. dia ada.
lepastu sampai satu masa, satu masa yg hg pun tak aware akan sampai secepat ni, bilamana hg balik ke rumah, hg masuk ke living hall, ke dapur, even hg ke bilik dia, dia dah takda. kelibat pun takda. boleh dak hampa bayangkan perasaan aku masa tu? kalau dulu waktu hg balik sekolah, dengan baju sekolah tak tukaq, hg masuk ke rumah, yg dipanggil oleh hg, "awannnnn, awannnnn" hg takkan berhenti memanggil sampai la dia menyahut "oii kat dlm bilik ni" Sekarang ni kalau aku panggil nama dia sampai suara aku hilang sekalipun, takda suara dia sayup sayup akan menyahut aku. takda.
Hang boleh bayang perasaan aku masa tu?
Aku cuba nak adapt dengan situasi janggal ni. tapi maybe it will takes time.
slow slow aku buka pintu bilik dia, suram ja. aku tengok sekeliling, takda yg berubah banyak. yg berubah, tuan empunya bilik dah takda nak sambut kepulangan aku, dengan senyuman penuh kedut dia tu, takda dah satu susuk tubuh yg tengah lena yg aku harus kacau setiap kali aku masuk bilik tu, semua benda ada dekat dalam bilik, kecuali dia.
perasaan sebu tu datang lagi, macam mana aku nak terima semua ni?
Hujan seharian dekat Alor Setar hari tu. seolah olah turut bersedih dengan kami sekeluarga.
Perasaan kehilangan yg aku rasa, bila aku dah hilang seorang manusia yg sudah tentu tentu sayang aku sejak aku kecil sampai sekarang, aku hilang seorang manusia yg sanggup berkorban apa sahaja untuk berbakti dekat keluarga aku. aku hilang doa seorang manusia yg sentiasa tak pernah lupa mendoakan aku, aku hilang seorang manusia yg jaga aku dengan penuh kasih sayang, yg limpahkan segala sayang utk aku, yg manjakan aku, sejak aku kecik sampai la ke besar, yg kewujudan dia dlm hidup aku bawa makna yg paling paling dalam, walaupun dia tidaklah mengajar aku secara akademik, tapi semua benda lain, dia ajar.
manusia yg aku sayang sejak aku lahir sampai aku mati, manusia yg jaga aku, masak kat aku bekal nak pi sekolah almost setiap hari, yg masak hari hari, yg lipat kain baju, yg jaga rumah, ya Tuhan, mcm mn aku nak hadap semua ni? lepasni kalau balik, bilik siapa nak aku jengah lagi, pipi siapa aku nak cubit2 lagi, siapa lagi aku nak paksa makan ubat, siapa lagi nak aku bermanja, kaki siapa aku nak urut urut lagi, aku nak dengar celoteh siapa lagi, aku nak sembang merepek merepek dengan siapa lagi, aku dah tak dapat dengar lagu yg dia suka nyanyi lagi malam malam, lagu yg dia dodoi, aku dah tak nampak kelibat dia lagi belakang living hall duk jenguk tgok tv dari jauh,
I'll miss everything about her. everything.
Aku harap Tuhan kurniakan syurga paling terindah buat Awann, kerna itu selayaknya dia. Semoga Tuhan merahmati roh Awan dan tempatkan dia di kalangan yg mulia di sisi Sang Pencipta.
Berbahagialah Awan, Iyah akan sentiasa merindui gelak tawa Awan, senyum Awan, betapa demanding nya Awan nak kopi O panas kaw guna Kopi Cap Tangan, Iyah akan ingat semua, from the smallest things to other bigger things, Iyah akan simpan, Iyah simpan gambar gambar Awan.
Awan, terima kasih utk limpahan kasih sayang, jagaan, doa dan semuanya selama ini, Awan, terima kasih utk memori paling berharga ini, Maafkan Iyah, tak selalu balik jumpa Awan.
Assalamualaikum Awan.
:')
Comments
Post a Comment