masa yang selama ini kau bazirkan.

semalam aku mogok dengan Tuhan

aku mogok 24 jam

kenapa Tuhan masih izinkan aku ingat
memori yg pahit

kenapa Tuhan masih izinkan air mata aku bergenang
tanpa ada yg seka,

kenapa Tuhan masih izinkan wajah itu datang menerpa

aku mogok dengan Tuhan

di hari esoknya, 
saat aku tenung siling tunggu waktu mata pejam dan pergi ke
dimensi mimpi

aku sedar diri
aku tanya dalam hati

"aku mogok dengan Tuhan?"

who am I kidding?

lalu aku bangun 
terus aku sujud memohon ampun. 

aku tak mahu terus meludah ke langit

aku tak mahu terus tuduh takdir. 


maafkan aku Tuhan. 




Comments

Popular Posts