Sunday, January 28, 2018

Cuma kadang kadang...

Ehh sementara laptop masih bernyawa mahupun bernyawa nipis, fully bergantung dgn kuasa plug terus tanpa adapter, sementara tu, aku nak ber blogging. izinkan aku..

ewahhh


Entri kali ini cuma nak cerita berkenaan kadang kadang.

Kadang kadang bila kita rasa mcm keadaan sekeliling terlalu stress kan kita, kita tend to blame semua orang. seolah olah kita sorang ja dalam dunia ni yg terhimpit dengan keadaan sekeliling.

Kadang kadang kita lupa yang orang sekeliling pun bekerja, kena maki dengan bos, ada stranger yg cari pasal, sedangkan kita lupa situasi orang lain mungkin lebih menghimpit berbanding situasi kita. jangan sebab orang sekeliling tak bangun seawal 5 pagi, orang lain takkan menghadapi bad day, mahupun bad week. 

kadang kadang kita rasa kita lah manusia yg paling jahat tp deep inside kita rasa kita lah yg paling teraniaya, tapi kita mungkin lupa, ada orang lain yg rasa lagi teruk.

Kadang kadang kita jadi terlalu egois. memikirkan orang lain tak bekerja seteruk kita, takda komitmen setinggi kita, jadi kita senang senang assume orang lain goyang kaki dan tak buat apa apa. 

Kadang kadang kita terlupa nak view kehidupan ni dari perspektif orang lain. 

Kadang kadang bila kita rasa kita lah yang paling banyak berkorban selama sepanjang hidup, sampai kadang kadang kita tak sedar ada hati yang terasa dengan sifat kita. 

Kita rasa kita lah yang paling betul.

Sampai kita tak boleh langsung nak terima pandangan orang lain. sebab apa? sebab kita terasa? sebab tu kita triggered? sampai kita ambil keputusan untuk tak bercakap (kononnya nak elakkan ketegangan)

Sebab apa? sebab kita mmg jenis mudah terasa emosi dan segala galanya? Ya, kita kena sedar diri. bukan kita seorang ja dalam dunia ni yang mudah terasa, emosi dan segala galanya.  

Kita rasa org lain tak boleh langsung nak condemn kita, sebab kita dah banyak berkorban sepanjang hidup? macam mana pulak dengan orang lain? Orang lain tak pernah berkorban sepanjang hidup? 

Kadang kadang kita cuma manusia biasa. manusia biasa buat silap, minta maaf dan buat silap lagi. 




Aku bukannya manusia yang gemar mengungkit. Aku juga mudah terasa, tapi aku tak salahkan orang yg counter attack aku atas satu statement mudah yang aku keluarkan. atas satu pandangan simple yang aku utarakan. sebab itu betul betul pandangan aku, dari perspektif aku. aku tak salahkan kalau orang lain berbeza pendapat dengan aku. semua orang berhak untuk ada pandangan masing masing. tapi aku pelik kenapa kena putar belitkan pandangan AKU? kenapa nak elaborate pandangan AKU? tu kan pandangan aku, kenapa tak buat pandangan sendiri dan elaborate pandangan sendiri? kenapa kena ambil pandangan aku dan elaborate? NO THANKS aku tak perlukan pandangan hg tentang pandangan aku pun. 

Sebab bila aku kata A, orang elaborate jadi B. yg sememangnya takda kena mengena dengan pandangan A aku langsung. It was not meant for you. Jangan triggered sampai mengungkit segala benda. macam aku ni sebatang pen dalam karangan darjah 5. aku sebatang pen, aku dilahirkan di kilang, aku dipamerkan di dalam kaca, sampai mampus pun aku tak dibeli. Aku sebatang pen yang tak berguna. Jangan mengungkit pasal harta, macam aku ni cuma menumpang dan tak menyumbang apa apa. Jangan. Jangan buat macam tu bila mana aku tak mula nak mengungkit. Aku tak menumpang saja saja. Duit gaji aku ada ja aku bagi utk bayar kelengkapan rumah, (wait,, aku kena start mengungkit jugak ka ni? and be like you??) kucing kucing sakit, aku tengok saja ka? Aku yg bawak depa pi klinik, Aku jaga kucing kucing tu jugak, kenapa kata Aku hidup atas kesenangan org lain, harta org lain...? Aku ni nampak useless sangat ka dimata hang? So, boleh aku mengungkit sekarang? Lagipun aku mengungkit kat blog, takdak kawan kawan hang yang boleh baca dan screenshot tunjuk kan? So takdak istilah kawan kawan hang nanti bersangka buruk. 

Yelahkan, sebab satu pandangan simple aku, hang nak panjang panjang sampai ke status facebook. Aku immature ka? kalau aku immature, hang yg post out kat status facebook yang ada seratuih lebih mutual aku, hang MATURED ka? ya hang la yang paling matured sebab hang la yang paling betul dan tak pernah salah. sebab hang kan yang paling ada banyak kesenangan dan harta.

Aku ada apa? tujuan hidup aku cuma nak menyedut kesenangan dan harta hang. Aku tak pernah berkorban apa apa untuk hang mahupun kehidupan hang daripada aku kecik sampai la besaq. memang duit gaji aku dulu aku tak pernah bagi dekat hang. memang dulu masa hang study aku tak bangun pagi pagi buta, buatkan hang makanan sebab hang tengah study tengah malam, memang aku tak pernah bagi hang apa apa dengan duit aku, memang selama ni kalau aku kerja aku tak pernah bawak balik apa apa untuk hang, memang aku suka biarkan hang berlapar, memang aku tak pernah simpan satu pun rahsia pemegang mohor mohor hang (sebab hang dah ada pemegang mohor mohor diraja yang lain skrg), memang hidup aku ni sia sia sebab aku tak pernah sayangkan hang daripada dulu aku tak pernah sayangkan hang, biarlah sesiapa pun cuba nak cari pasal dengan hang, aku memang suka pun, aku suka bila hang sakit sakit badan panas, memang aku takpernah pun temankan hang pi hospital dekat klang, bersusah susah naik public transport semata mata nak bawak hang pi checkup, ehh aku takpernah kan buat semua tu? Aku kan cuma nak menyedut kesenangan dan harta hang. Aku tak pernah buat apa apa pun selama 25 tahun aku hidup dengan hang kan. ya aku cuma nak sedut kesenangan dan harta hang. 


Boleh aku mengungkit macam tu sekarang? 

Kalau aku salah aku minta maaf, kalau hang rasa pandangan initial aku tu salah dan berbaur dengki dan hasad dan bersifat menjatuhkan reputasi hang, aku minta maaf. 

Tapi please jangan kata aku hidup cuma nak menyedut kesenangan dan harta. Takpa I will have my opinion to myself from now onward. 

"So kalo hang tak suka ak.. Hang nampak pintu tu kat mana!" (Aku tak pernah sekelumit pun tak suka hang mahupun membenci hang, bagi aku, hang tu nyawa aku. darpada dulu sampai la bila bila. tak kisah lah kalau hang takkan bercakap dengan aku sampai bila pun)

Aku tak pernah lupa pun apa yang orang dah berkorban untuk aku, aku ingat. cuma ya lah, aku ni manusia biasa. bila orang yang paling aku sayang dalam dunia ni kata hidup aku cuma nak menyedut kesenangan dan harta orang lain ni, sedikit sebanyak buat aku terkesan la jugak.

Tapi aku terima kata kata orang. I'll be better :')



kbye

Wednesday, January 17, 2018

WOW dah 2018

ehek dah 2018 lah. hai uols yg masih ada hobi blogwalking. mcm aku, aku dah malas nak baca baca blog ni. sedangkan nak baca menu dekat kedai makan pun aku dah malas skrg ni.

2018 ni kena mulakan dengan azam la kan, selalunya?

Azam aku,, emm oleh sebab azam aku tahun lepas ada jugak yg tergendala (persetankan yg itu) aku still bersyukur ke hadrat tuhan sebab ada jugak la sebutir dua azam aku yg termakbul, yihha!!

patut kah aku berazam nak kurus, sedangkan makanan is my passionnnn???!!! (KIV dulu la nak kurus ni)

Aku cuma berharap tahun ni, kerjaya aku akan bertambah elok dan sedap (boleh la bawak satu family makan kat Kaw'D lagi, maybe kita try makan atas awan pulak?) aminn 

Aku berharap semua orang yang aku sayang, akan terus berada di bawah lindungan Tuhan. diberi kesihatan yg sempurna. Long way to go aite? yang sakit utk tak lupa makan ubat, yang tak larat, tak lupa utk rehat, yg workaholic utk tak lupa utk makan 3 kali sehari, or having nice meal, sbb badan kita, kita punya suka lahhh!!

Utk kawan kawan yg dah mulakan era hidup baru secara duet atau triple, aku doakan journey hampa cun dan sentiasa dirahmati Tuhan. guys, inilah masanya utk hampa explore the world together!!

Pada yg tak percaya kepada institusi perkahwinan (baca: aku), also go enjoy your life your way. no need to worry kalau org faham benda B bila hang cuba nyatakan yg A. sebab a wise man once said; "Stay Away From Negative People. They Have A Problem For Every Solution"

okay tu ja untuk post pertama tahun 2018. see ya when I see ya


-E

Saturday, November 11, 2017

Patah takkan tumbuh, Hilang takkan berganti

8 November 2017.

Wow, at the time hg rasa this year is going to turn out great and full of happiness and everything, haha YOU DON'T.

As I was so full of excitement, so happy sbb baru ja lepas graduat kan, semua tengah happy happy kelebek topi grad, bunga konvo kemetot and ceklet satu, tengah planning nak beli itu, ini utk esok, sebab esok dah nak balik kl, tiba tiba, Tuhan nak tunjuk betapa power nya Dia, hg disampaikan dengan satu perkabaran berita sedih, berkenaan pemergian seseorang yg hg sangat sangat sangat sayang. Dia pergi menghadap Pencipta. 

Semalam hg happy gila, tak peduli dengan penat berpeluh bawah panas matahari, hari ini, Tuhan pusing 360 darjah perasaan hg. Hg tau apa perasaan hg? hg rasa devastated, hg rasa miserable yg teruk, hg rasa down, hg rasa terduduk terjelepok jatuh ke tanah, suddenly hg rasa saluran pernafasan hg tersekat, hg mcm tak boleh nak control emosi hg pagi tu, kepala otak hg duk berjalan bertubi tubi fikir nak hadam semua berita ni. 

Betul ka ni? real ka ni? jangan la main main dengan aku, benda ni tak lawak k? aku rasa nak marah dekat kakak aku pagi tu, berani dia melawak hal hal mati ni dengan aku pagi pagi? nak ja aku tumbuk muka dia, tapi takkan dia nak melawak benda ni dekat aku? serta merta air mata pun turun macam tak berpenghujung. 

Serta merta aku siap siap dan abaikan tiket balik kl yg sepatutnya malam pukul 7pm, aku fast & furious ke airport kuching dan terus beli tiket balik kl dr kaunter AA. terbang melayang ratusan ringgit, tapi aku tak peduli, dlm kepala otak aku, aku nak balik kedah, aku nak jumpa dia. one last time. dalam hati aku, Tuhan tolong la bg peluang terakhir utk aku jumpa dia, aku nak cium dia, aku nak peluk dia, aku nak peluk dia kuat kuat, aku nak usap pipi dia, muka dia, aku nak rakam betul betul dalam otak aku, senyuman dia, kedut kedut tua dekat muka dia, halus tangan dia, aku nak genggam erat pergelangan tangan dia, aku nak buat semua. Tuhan, tolong...

sepanjang perjalanan flight KCH - KUL, KUL - AOR, aku rasa lambattt sangat, elok aku sampai dekat airport alor setar, pak teh aku call dan cakap depa tak boleh tunggu, pihak masjid tak bg, sebab kena ikut timing depa, lagipun tak elok kebumi lambat. Aku mcm blurr dekat hujung talian tu, aku cuma cuba hadam suara sayu Pakteh, okay, aku redha Tuhan tak tentukan aku jumpa dia. 

Sayu hati beb, sepanjang haritu aku cuba nak tenangkan diri aku, tapi aku tak boleh. hampa jangan tanya la keadaan aku sepanjang dlm flight, dekat airport. air mata mengalir ja. org yg lalu lalang mesti ingat aku ni gila, takpun kena tinggai dengan laki. lantak lah hampa. 

boleh dak hampa bayangkan, sepanjang hampa hidup, setiap kali hampa balik rumah kat kampung halaman, hampa tau for sure, akan ada seorang manusia yg setia tunggu hang, dalam rumah tu, hg tau dia takkan pi mana mana. dia sentiasa ada. kalau tak kat living hall tgh tgok tv, dia dekat dapur maybe tgh masak atau saja duduk hirup kopi o panas kesukaan dia, kalau tak kat dapur, dia dekat bilik dia, tgh baring sambil kipas kipas badan dia guna kipas satay tu, takpun tgh mandi dlm toilet dia, takpun tgh tdoq, kalau takda dlm bilik, mungkin dia dekat belakang rumah, tgh chill atas kerusi roda dia sambil tengok tengok pokok dia. situ la tempat tempat dia. hg takpayah khuatir, hg tau dia ada. dia ada. 


lepastu sampai satu masa, satu masa yg hg pun tak aware akan sampai secepat ni, bilamana hg balik ke rumah, hg masuk ke living hall, ke dapur, even hg ke bilik dia, dia dah takda. kelibat pun takda. boleh dak hampa bayangkan perasaan aku masa tu? kalau dulu waktu hg balik sekolah, dengan baju sekolah tak tukaq, hg masuk ke rumah, yg dipanggil oleh hg, "awannnnn, awannnnn" hg takkan berhenti memanggil sampai la dia menyahut "oii kat dlm bilik ni" Sekarang ni kalau aku panggil nama dia sampai suara aku hilang sekalipun, takda suara dia sayup sayup akan menyahut aku. takda.

Hang boleh bayang perasaan aku masa tu?

Aku cuba nak adapt dengan situasi janggal ni. tapi maybe it will takes time. 

slow slow aku buka pintu bilik dia, suram ja. aku tengok sekeliling, takda yg berubah banyak. yg berubah, tuan empunya bilik dah takda nak sambut kepulangan aku, dengan senyuman penuh kedut dia tu, takda dah satu susuk tubuh yg tengah lena yg aku harus kacau setiap kali aku masuk bilik tu, semua benda ada dekat dalam bilik, kecuali dia. 

perasaan sebu tu datang lagi, macam mana aku nak terima semua ni? 

Hujan seharian dekat Alor Setar hari tu. seolah olah turut bersedih dengan kami sekeluarga. 

Perasaan kehilangan yg aku rasa, bila aku dah hilang seorang manusia yg sudah tentu tentu sayang aku sejak aku kecil sampai sekarang, aku hilang seorang manusia yg sanggup berkorban apa sahaja untuk berbakti dekat keluarga aku. aku hilang doa seorang manusia yg sentiasa tak pernah lupa mendoakan aku, aku hilang seorang manusia yg jaga aku dengan penuh kasih sayang, yg limpahkan segala sayang utk aku, yg manjakan aku, sejak aku kecik sampai la ke besar, yg kewujudan dia dlm hidup aku bawa makna yg paling paling dalam, walaupun dia tidaklah mengajar aku secara akademik, tapi semua benda lain, dia ajar. 

manusia yg aku sayang sejak aku lahir sampai aku mati, manusia yg jaga aku, masak kat aku bekal nak pi sekolah almost setiap hari, yg masak hari hari, yg lipat kain baju, yg jaga rumah, ya Tuhan, mcm mn aku nak hadap semua ni? lepasni kalau balik, bilik siapa nak aku jengah lagi, pipi siapa aku nak cubit2  lagi, siapa lagi aku nak paksa makan ubat, siapa lagi nak aku bermanja, kaki siapa aku nak urut urut lagi, aku nak dengar celoteh siapa lagi, aku nak sembang merepek merepek dengan siapa lagi, aku dah tak dapat dengar lagu yg dia suka nyanyi lagi malam malam, lagu yg dia dodoi, aku dah tak nampak kelibat dia lagi belakang living hall duk jenguk tgok tv dari jauh, 

I'll miss everything about her. everything. 

Aku harap Tuhan kurniakan syurga paling terindah buat Awann, kerna itu selayaknya dia. Semoga Tuhan merahmati roh Awan dan tempatkan dia di kalangan yg mulia di sisi Sang Pencipta.

Berbahagialah Awan, Iyah akan sentiasa merindui gelak tawa Awan, senyum Awan, betapa demanding nya Awan nak kopi O panas kaw guna Kopi Cap Tangan, Iyah akan ingat semua, from the smallest things to other bigger things, Iyah akan simpan, Iyah simpan gambar gambar Awan.  

Awan, terima kasih utk limpahan kasih sayang, jagaan, doa dan semuanya selama ini, Awan, terima kasih utk memori paling berharga ini, Maafkan Iyah, tak selalu balik jumpa Awan. 

Assalamualaikum Awan. 

:')

Monday, October 9, 2017

Post ini berunsurkan kegembiraan

senyum sikit y'all.

Salam to whoever reading this. Aku tengah mengelat (baca: takdak kerja lagi nak buat) so aku terfikir macam nak buat blogpost, sebab dah lama tak post, and plus nak khabarkan khabar gumbira. 

tahun 2k17 pun balik melabuhkan tirai tak lama lagi, kurang lebih dua bulan setengah macam gitu lah.

aku nak tanya, amacam dengan azam yg hampa dah tanam awal awal tahun dulu? okay ka tak okay jon???? hahahaha releks. 

Aku dengan berbesar hatinya nak tick 2 daripada beberapa azam aku tahun ni. yihhhhhh seronoknya!!!

yg pertama, aku Bakal Bergraduat tahun ni. yakni Konvokesen Unimas tahun 2017, bersama junior junior yg lain, biasalah iols kan the late comer // the repeater, wkwkwkkw tak kesah yg penting, ribuan ringgit malaysia yg dah tergadai sebab nak bayar yuran sem berbaloi. sempena dpt perkabaran yg bakal graduat ni, aku tentu tentu nak berterima kasih berjuta juta lemon dekat Sir CKM sbb banyak sangat assist aku, eventho aku bukan student dari fakulti dia, Terima kasih Tuhan sebab wujudkan manusia ini, dia banyak gila tolong aku di saat aku betul betul nak givap dan quit drpd semua bullshit asyik kena repeat on same silly paper. banyak gila dugaan yg kena aku hadap sampai aku rasa nak quit, biarlah tak dapat degree. tapi atas pujukan kakak aku, bancik aku, sir, pakwe dan org lain, aku mcm okay, aku buat. tapi kalau this time gagal jugak, I quit. Alhamdulillah, Tuhan dengar doa doa org yg mendoakan aku, jadinya aku lagi fly ke Sarawak next month attending my convocation. biarpun lambat 2 tahun. tercapai jugak hajat aku nak kuntumkan senyuman di wajah wajah kesayangan aku, wajah yg tak pernah bosan mendoakan aku, membebel ke aku, follow up dengan aku, just to make sure I didnt neglect my paper. I hope I got to repay them, with my own money, give them whatever they desired in life. Slowly, but Surely. Makteh, PakTeh, KakHanto the list goes on. 

yang kedua, Aku Dah Legally Boleh Drive Kereta. Alhamdulillah last week was my JPJ test, honestly I was so fucking scared I almost peed my pants. Ya Tohannn perasaan nak menghadapi JPJ utk test ketereran bawak kereta tu sangat crazy. dengan aku yg mmg solely depend on the 10 hours belajar dengan sekolah memandu (cikgu memandu is a Chinese, so we kinda had communication issue la, dia cakap mcm ni, aku faham mcm tu, stress bapak wei, sampai aku kena tengok youtube and do my own research online on Persediaan Mengambil Ujian JPJ, hah kau sampai mcm tu sekali, LOL) Imagine that. dengan KakHanto pun fail Ujian Litar tang bukit, dengan cikgu tu duk gempaq aku kata almost semua yg pi JPJ test, 8 nisbah 2 gagal. HANG RASA???? tobat goyang. walaupun aku ambil lesen DA. org boleh la kabor eleh auto senang ja pun. wei bodoe kalau hg takpernah langsung pegang stereng your whole 25 years old life, do you expect aku pun akan tenang dan cakap eleh kacang ja auto? So yeah, masa aku pergi ujian tu, aku pi dengan Anak Siam sbb we both ambil kelas kan, so it turned out she failed Litar, same as KakHanto, and me, alhamdulillah, lulus. and going to get my own lesen P yalllll, but I know them both will lulus nanti ulangan. takkan hampa dua nak lenjan aku ja kena drive kat hampa? teruk perangai hampa noh.


Okay dah la kot, malas dah aku nak taip panjang panjang. bye.


-Kaa

Sunday, May 28, 2017

BULAN LIMA

Ehek hai.

amboi kemain lama tak update, nyaris nyaris lupa kewujudan seketul blog ni. 

Takda apa yg nak di rant kan pun, cuma nak Wish ke diri sendiri, Selamat Hari Jadi Dearself, (((mampoihh pi la dah belated berapa hari pun, dun careee)))

tak lupa juga kepada May babies, Ef, El dan lain lain sorry kalau tak ingat, sbb tak penting kot. ahaks




Bulan ni best dia lain macam, Bulan ni macam macam jadi beb, ini pun bulan ni belum betoi betoi menutup tirai pun wei, 

few days before birthday aku, aku sakit gila kat bahagian lower quadrant, imagine i cant even sleep well, kencing well, i cant even wear jeans. it was disaster and torture.lepas kena gempaq dengan kaklong, suruh aku pi check dekat doctor, and dah diberi ubat, I. Am. Now. Okay.

Lepastu birthday aku, aku kerja. sad lyfe kan? 

lepastu aku pergi shah alam after almost half a year tak pi sana, I had a blast.

Lepastu ada org cari pasai dengan aku, (((bukan sorang okkkk, tapi aku watlek))) sebab yg suka cari pasai ni sebab depa takdak apa yg kita ada. so, hampa pun tau la level depa kat mana kan?

Lepastu Spek aku patah

Lepastu gigi aku patah ((hati dah selalu patah, wkwkwkkkw, kkk gurau))



dah lah aku malas nak menaip


Happy Fasting everyone. jangan sahur siang k!



love,
Kaa

Monday, April 3, 2017

Kenapa kadang kadang rasa mcm ada sesuatu yang tak cukup, sesuatu yang tak lengkap. Kau pernah rasa macam tu?

Kau ada dia, dia yang faham kau, cuba faham dengan segala musibat perangai kau. Tapi kau rasa to some extend, kewujudan dia tu tak lengkap. Dia perfect kawan kawan kau cakap. 

Dia elok. Dia tak macam dulu. Dia tak macam yang  dulu. Dia bukan orang yg lukakan kau. Dia cuba faham kau. 

Tapi

Ha ada tapi. 

Kau rasa org yang pernah wujud dulu sebelum dia tu, tempat dia jauhhhhh lebih tinggi, kau letak posisi dia dalam hati kau (((walaupun orang itu yg patah patah kan hati kau, yang buat kau jatuh, lalu susah payah kau nak bangun balik))) kau letak dia tinggi. Jauh lebih tinggi dr tempat si dia yg wujud sekarang. 


Kau rasa, yang dulu itu, he was all you wanted in a guy. (((Minus the cheating part of course))) dia cukup ciri ciri yang kau cari. Yang kau nak. Yang kau mimpi mimpi kan. 


Tapi kau pernah dengar kan, bukan semua benda yang kau nak, kau akan dapat. ?? Pernah dengar ke tak?


Jadi kau biar yg dulu ((yg kat atas tu))) itu terus jd benchmark, yang jauh dalam sudut hati kau, kau tahu takkan ada sesiapa yang boleh saingi kedudukan dia. 


Yupp. Aku suck. Aku suck. 

Thursday, January 5, 2017

Hai Selamat Datang 2k17

Hai.

Wah rasa sangat lama tok nadoq noh tak update blog. mihmihmih

Terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog usang ni. (ada ka pembaca??????) 

Aku harap tahun 2k17 ni memberi segala kebahagian, kesenangan, dipermudahkan semua urusan kita. Aku harap tahun 2k17 ni memberi makna sesuatu kepada kita. tak kisah lah dari segi apa sekalipun. 

Yang bakal buat kenduri nasi minyak, yg bakal bercuti menjelajah segenap benua, yang bakal dapat pekerjaan yg lebih menjamin masa depan, yang bakal timang anak kedua, yang bakal drive kereta baru vroom vroom, yang bakal masuk rumah baru, alhamdulillah. semoga kita tergolong dalam orang orang yg bahagia tahun ni.

AZAM?

Azam aku tidaklah over, cuma berharap peroleh segulung ijazah so that boleh lah aku kuntumkan senyuman di muka muka orang yang aku sayang. :)

Dapat kuruih pun jadi lah, untung untung dapat la cincin emas kahkahkah

Semoga trip 2k17 tercapai

Semoga perancangan menyimpan untuk travel tahun 2k18 tercapai

Semoga semua orang yg aku sayang peroleh kesihatan yg baik sepanjang tahun, Amin. 

sedihnya dengaq kata Running Man dah nak sampai last episode????!! tu lah sumber kegembiraan aku masa sedih sendu dulu. 


I really hope this year brings at least something for everyone of us.