Post ini berunsurkan kegembiraan

senyum sikit y'all.

Salam to whoever reading this. Aku tengah mengelat (baca: takdak kerja lagi nak buat) so aku terfikir macam nak buat blogpost, sebab dah lama tak post, and plus nak khabarkan khabar gumbira. 

tahun 2k17 pun balik melabuhkan tirai tak lama lagi, kurang lebih dua bulan setengah macam gitu lah.

aku nak tanya, amacam dengan azam yg hampa dah tanam awal awal tahun dulu? okay ka tak okay jon???? hahahaha releks. 

Aku dengan berbesar hatinya nak tick 2 daripada beberapa azam aku tahun ni. yihhhhhh seronoknya!!!

yg pertama, aku Bakal Bergraduat tahun ni. yakni Konvokesen Unimas tahun 2017, bersama junior junior yg lain, biasalah iols kan the late comer // the repeater, wkwkwkkw tak kesah yg penting, ribuan ringgit malaysia yg dah tergadai sebab nak bayar yuran sem berbaloi. sempena dpt perkabaran yg bakal graduat ni, aku tentu tentu nak berterima kasih berjuta juta lemon dekat Sir CKM sbb banyak sangat assist aku, eventho aku bukan student dari fakulti dia, Terima kasih Tuhan sebab wujudkan manusia ini, dia banyak gila tolong aku di saat aku betul betul nak givap dan quit drpd semua bullshit asyik kena repeat on same silly paper. banyak gila dugaan yg kena aku hadap sampai aku rasa nak quit, biarlah tak dapat degree. tapi atas pujukan kakak aku, bancik aku, sir, pakwe dan org lain, aku mcm okay, aku buat. tapi kalau this time gagal jugak, I quit. Alhamdulillah, Tuhan dengar doa doa org yg mendoakan aku, jadinya aku lagi fly ke Sarawak next month attending my convocation. biarpun lambat 2 tahun. tercapai jugak hajat aku nak kuntumkan senyuman di wajah wajah kesayangan aku, wajah yg tak pernah bosan mendoakan aku, membebel ke aku, follow up dengan aku, just to make sure I didnt neglect my paper. I hope I got to repay them, with my own money, give them whatever they desired in life. Slowly, but Surely. Makteh, PakTeh, KakHanto the list goes on. 

yang kedua, Aku Dah Legally Boleh Drive Kereta. Alhamdulillah last week was my JPJ test, honestly I was so fucking scared I almost peed my pants. Ya Tohannn perasaan nak menghadapi JPJ utk test ketereran bawak kereta tu sangat crazy. dengan aku yg mmg solely depend on the 10 hours belajar dengan sekolah memandu (cikgu memandu is a Chinese, so we kinda had communication issue la, dia cakap mcm ni, aku faham mcm tu, stress bapak wei, sampai aku kena tengok youtube and do my own research online on Persediaan Mengambil Ujian JPJ, hah kau sampai mcm tu sekali, LOL) Imagine that. dengan KakHanto pun fail Ujian Litar tang bukit, dengan cikgu tu duk gempaq aku kata almost semua yg pi JPJ test, 8 nisbah 2 gagal. HANG RASA???? tobat goyang. walaupun aku ambil lesen DA. org boleh la kabor eleh auto senang ja pun. wei bodoe kalau hg takpernah langsung pegang stereng your whole 25 years old life, do you expect aku pun akan tenang dan cakap eleh kacang ja auto? So yeah, masa aku pergi ujian tu, aku pi dengan Anak Siam sbb we both ambil kelas kan, so it turned out she failed Litar, same as KakHanto, and me, alhamdulillah, lulus. and going to get my own lesen P yalllll, but I know them both will lulus nanti ulangan. takkan hampa dua nak lenjan aku ja kena drive kat hampa? teruk perangai hampa noh.


Okay dah la kot, malas dah aku nak taip panjang panjang. bye.


-Kaa

Comments

Popular Posts