srottt srettt srottt srettt

kenapa?
aku demam selsema. *imagine la hinguih meleleh kat rongga rongga hidung aku ni* ihiks

22hb September 2014

hari last aku ber praktikal

ehems. seronok sebenaqnya pasai takpayah bangun pagi pastu pening pening runsing pusing kepala nak pikiaq nak pakai baju apa. lel. dah penat pilih baju, nak pikiaq tudung mana pulak yg matching niiii >,<" adoi la rumitnya kehidupan seorang Erika kannn

tu part seronok lah. tapi dalam hati hakak ni kan uols, sebak pun ada. yalahhh kita nak tinggalkan environment 12 minggu kot. lepas semua penat lelah perah otak mcm mn nak mingle around this people. blerghh kau ingat senang? 

well, aku menjadi aku, memang sejak azalinya aku memang kalau hapuskan muka berlagak aku tu, memang semua org boleh bersembang dengan aku. sebab aku memang friendly senang nak bersembang dan berkawan dgn org. sampai Manje aku kata (manje referring to my partner kat sana lah) "aku suka la tengok erika kalau dia bersembang dgn en M, en A, en Z dan lain lain, mcm senang sgt bersembang dgn depa. kalau aku mesti aku awkward taktau nak sembang pasai apa."

yalah mmg betoi la. aku rapat pulak dgn staf staf lelaki. yalah sbb lelaki kan terkenal dgn sifat takberapa nak kepochi. sama lah mcm aku. pasai aku takberapa sgt nak masuk dgn geng perempuan suka gosip lalalala bosan topik gosip pun bosan tak berminat lah iols

pastu ada satu kali tu Manje pun berkata kepada aku, "aku tau dah kenapa depa depa ni suka bersembang dgn Erik." haa pasaipa? aku tanya, "sebab erik ni jenis peramah jenis senang bersembang dgn orang." kononnya dia nak cakap yg aku ni true la. org laki suka perempuan pesen true ni. kakakakaka aku gelak tak sempat katup mulut, opps

ooo mcm tu. tapi takdek lah aku bias dgn perempuan aku taksembang. aku mcm ni jugak lah, semua aku cedok. 

yalah kot. maybe depa senang dgn aku pasai aku pun tak fake nak ihikhik ihikihik depan depa kannnn ~,~"

so yeah. bila last day tu. agak tersedih lah aku. sbb nak kena berjumpak dgn semua depa depa ni dan mengucapkan  selamat tinggal kan? setiap permulaan tu ada pengakhirannya. so aku terima. 

last day tu, aku mulakan dgn berjumpa Manje, kemudian jumpak DK Barat sbb kami bertiga akan brekfes brsama seperti selalu. aku belikan 2 set roti bakar. km makan bedak tiga. haha

lepastu aku teruskan dgn berjumpak exbos aku (kenapa aku panggil dia exbos aku? sbb mula2 masa aku masuk prktikal, aku under dia. entah mcm mn ada yg dengki mungkin haha aku kena pi duk under bos lain. but aku still rapat dan kamceng dgn exbos dan seisi staf beliau yg ada dlm bilik dia tu)

exbos duk geledah bilik dia. entah apa yg dia buat. aku tnya bos cari apa? dia kata sat la nak cri hadiah nk bg kat erika la. sekali dia ambil paper weight bg aku. pastu notebook SWAT, nk bg apa lagi taktau? erika nak apa? 

aku dgn lantang berkata, nak pendrive BSM tu! hat kaler silver tu. exbos pelik mcm mn aku tau pasai pendrive tu. aku ckp lah aku nmpak atas meja Kerek msa dia mula2 masuk dulu. exbos pun senyap2 bukak drawer dia dan bg aku satu kotak silver yg berisi pendrive tersebut. aku sukaaaa :D

 sebenaqnya masa mula2 aku nmpak pendrive tu aku dh set in mind dah. aku nak benda ni. aku mesti dapatkan benda ni by hook or by crook. haaa tengok, kan aku dah kata, kalau aku nak, meaning aku mesti dapatkan jugak! hiks

aku pun lepak dlm bilik exbos sambil dengaq exbos bg syarahan pasai kawen blablabla dekat aku sambil dia isap rokok daun dlm bilik berhawa dingin dia tu. aku dengaq ja. kadang aku rajin aku respon la "baikk bos. betui bos" hehe

it was nice actually dengaq khutbah isnin dr exbos. 

lepakchill selang beberapa minit, assistant exbos pun masuk. en zam. en zam mmg best. dia lah antara staf yg suka beramah mesra dgn aku. en zam kata, "laa erika nak habis dah ka?"
exbos jawap "habis dah la zam oih. erika nak balik dah tinggai kita"
en zam " erika lpas ni nak buat apa pulak?"
exbos "ada org mai minang dia dh. taklama lg nak kawen dh la. kita dua takdak chance dah zam oii" buat muka sebek

aku hanya mampu gelak tengok gelagat dua manusia yg aku sgt hormati tu. 

mana nak jumpak bos yg sgt baguih sampai aku punya borang elaun yg supposednya bos aku yg sign, exbos aku boleh tolong tagging kan borang tu kat aku. satu satu dia tag kat aku. aku tengok ja sambil dlm hati aku terharu :') 

yelah aku kan hati kama. blergh

exbos aku suka nyanyi. thats one thing about him that semua org suka dan senang. aku paling suka time dia bawak keluaq ukulele dan nyanyi2 kat staf2 dia. haaa kau hado?

thanks exbos dan en zam dan taklupa jugak Kerek. 

oh ya sebelum aku lupa, en zam ada kata something dkt aku yg buatkan aku terharu dan sebak. apa dia kata? dia kata, "memang lah patah tumbuh hilang berganti, tapi yg tumbuh dan yg berganti tu memang taksama langsung dgn yg patah dan hilang tu."

referring to yg patah dan hilang tu ialah aku. hiks. :')

aku harapkan pengganti tempat aku tu lagi bagus dr aku dan semesra dgn semua staf2 kat situ. ehems, gaya wakil rakyat. 

kemudian aku berjumpak pulak dgn bos. bos ni busy betul meeting aja keja dia. haishh

bos pun sama perangai dgn exbos. duk geledah segala drawer dlm bilik dia. nk cari sesuatu nk bg kat aku. kahkah kau tahu dia bg apa kat aku? haaa minyak atar & celak mekah tauuu. hadiah masa dia pi mekah haritu. pehhh. bos kau hadoo? hihi lepastu dia kasi duit suruh aku beli pizza. hiks. sweet. aku beli pizza aku makan tak tinggai kat dia lgsg. hahahaha pastu aku salahkan en cahar yg habiskan piza tu semua. aku mmg jahat. 

staf havoc yg best duk kat blakang tu beli 3 bungkuih kopok lekor. naik sengkak perut aku makan byk sgt hari tu. thanks akak2 kesayangan. kak M bg aku keychain. entah mn dia selok dlm drawer dia tu. haihh susah2 ja. sendu pulak aku. hmm 

manje belanja lunch. manje bg hadiah loomband kat aku. hiks

sebenarnya aku tunggu Goatee aku smpai. tapi dia takmai haritu. ada emergency. sedihnya aku. tapi tak apa. dia ckp b4 ak balik shh alam dia nk jumpa aku. nak bg aku hadiah. hiks tazabarrrr entah pebenda dia nk bg aku ni? jgn kasi cincin belah rotan dah la. mau lari takcukup tanah aku nanti. kahkahkah

k bye. ailebiu bsm unit servis.u gave me a lot. hope that one day we'll meet again. 

nah aku letak sikit lah gamaq buat penyeri blog yg hina lagi bersawang ni

pizza bos bayaq tp bos taksempat makan pasai aku makan
bersama exbos. dia posing serius.
nasib baik aku sempat tengok muka serius dia. aku cakap takpayah la buat muka serius. ni bukan gamaq pasport!
  
haa ni baru betul kan nampak gigi berlubang kat tepi tu. hiks. ni lah exbos iols.
en zam, aku dan exbos. semua org tgh tahan napas time ni. kakakaka

  ni lah apa yg aku dapat dr mereka mereka :') sweetnyahhh aaaaaaaa. 


gamaq masa pi penang. yuhuuu iols dah rindu dah ni ciked. haha

dah lah iols nak pi tengok running man, bye.
muah cikedkalau ada typo tu paham apahm ja lah. aku malas nk proof read ni. malas.
srottt srrettt sroot srettt 

Comments

Popular Posts