personafikasi lelaki impian tapi terkunci dalam badan seorang kawan baik

hai.
setiap org pun ada masing masing punya ciri ciri gadis/jejaka idaman kannnn? sama lah aku pun. dengan adanya these ciri2 ni, bukanlah nak kata semua org tu demanding, tp serious lah takkan lah hg tak ada kayu pengukur lgsg?kalaupun ciri2 idaman hg tu tak masuk akal, kadang kadang Tuhan tu kasi jugak ke engkau apa yg kau nak. kadang Tuhan bg yg lagi power kat hg, sampai tak pernah pun terlintas kat kepala hotak hg kan? haha hmm

okay lah. aku pun ada jugak ciri2 yg aku idamkan. aku ada type aku sendiri. yg kacak di mata aku tu belum tentu kacak di mata orang lain, dan aku tak peduli semua tu. yg penting mata aku yg nak menatap, nak mengadap, nak bergaduh, nak bertekak, nak bersembang, nak berrrrr cinta? hehe Dekat mata aku, simple is always the best. Kadang tu simple yg boleh menambat hati. Kalau sembang pasal luaran/appearance, aku mungkin cepat jatuh hati/turn on/ cair/rapuh awaa saia taa kuaddd dgn lelaki yg berseluar pendek, pakai tshirt, singlet tepi pantai anything yg comfy bg dia, nmpak comfy dekat mata aku jugak. maksudnya, yg simple tapi belum lagi sampai ke tahap selekeh. takpayah over nak pakai suit & tie, sbb hg bukan justin timberlake mahupun Chuck Bass, lagipun kita kat Malaysia darul panaih nakhorom. gila ka apa nak suit2 bagai? lel

itu kalau sembang appearance lah. sekarang ni aku nak sembang deep sikit. 

Aku senang get along dgn org yg pandai, bila bersembang, dia ada buah mula. bila bersembang tak rasa nak berhenti, it goes on and on. dan topik sembang bukan pasai benda remeh yg senang tumpul. kita masing masing ada minat masing masing. takkan lah minat hg pasai henbeg ja? keciknya dunia hg. hg nak sembang apa pasai henbeg? like seriously, kalau ada pun point nak sembang pasai henbeg, takkan 24/7 melepak nak sembang henbeg? hilang akal ke apa?

okay lah, peminat henbeg jgn lah bash aku. aku minta maaf. no offense lah tapi tak salah kan apa yg aku stated? hah

tu sebenarnya mukadimah ja. aku nak cerita pasal seorang kawan aku yg slowly menjadi good friend of mine. Dia housemate aku masa aku kat sarawak. secara jujurnya, aku kurang meminati dia semasa awal penglibatan depa dalam rumah sewa (desa ilmu) aku tu. entah lah, mungkin faktor aku yg kurang gemar akan sudden changes, yg taksukakan keramaian org yg senang bt aku rasa annoyed, kot. so masa mula mula depa masuk tu, aku kurangkan masa aku diluar bilik lah. sbb aku kan sombong. pui And then aku taktau bila turning point nya aku dah boleh ngam dgn depa. and then ada satu malam tu aku spend dgn kawan aku ni, kami bersembang lama gila. ala ala pillow talk gittuew sbb dia pakai pijama, aku relek ja shorts&singlet. kita bersembang dr satu topik ke satu topik lain yg awesome and dari situ aku dah mcm wowww amazed gila dgn minah ni. 

opinions dia, all her dream, her stories, her likes, her dislikes, apa benda yg dia suka buat, apa benda yg dia teringin nak buat. sungguh aku dalam diam mengagumi dia. Aku suka gila bila bersembang dgn dia. dgn dia, takpernah wujud sembang kosong. sentiasa ada isi. ada lah berjenaka, sesi menganjing dan membahan tu ada. 

sebenarnya, dia lah ciri ciri yg aku idam idamkan dalam figura seorang lelaki impian aku. yg takpernah ada kehambaran bila ada conversation, yg sentiasa ada idealogi, kita bila bersembang bukan kita nak org setuju dgn segala yg kita hujahkan, dan bila ada org yg boleh patahkan hujah kita, bg hujah dia sendiri, kita akan impressed. bukan offended. macam aku, aku suka jugak bertanya, kenapa mcm tu? kenapa bukan mcm ni? kenapa tak boleh? so that, aku ada idea of kenapa soalan kenapa tu ditanya. 

Aku sentiasa ada opinion aku sendiri, tapi aku suka dengar opinion org. setiap org ada own way of thinking. own way of solving. So bila ada org yg boleh bersembang dan bg aku opinion2 dan idea2, aku immediately rasa wowwwwww cayalah! gempak siaaa lepak dgn lu. wa sukaa. lu tak hambar. wa mintak Fazura kasi lu 5 bintang k? hihiks

Kawan aku ni, punya lah power, aku rasa pakwe dia lah bertuah gila ada dia sbb makwe. setiap kali aku lepak dgn kawan aku ni, aku akan rasa tak puas. kenapa sat sangat masa berlalu. emm takpalah nanti lepak lagi k? emm emm k.

kami ada plan nak bekpeking bersama berdua. sbb kami share the same passion of traveling and discover the outside world. hihi

kawan aku ni, nama dia F. WhoTheF?

hehe 


bye. 

Comments

Popular Posts