perihal gagal

Gagal ni luas sebenarnya.

ada gagal dlm kehidupan, gagal akhirat (ehem yg ni antara kau dan Tuhan kau), gagal bangun awal pagi, gagal kuruskan badan, gagal mandi, gagal bayar hutang, gagal bercinta (ehems), gagal menyukai orang yg suka kat hang, gagal move on (tengok cermin), gagal puaskan nafsu sendiri, gagal simpan duit nak pergi berjalan jalan shopping sana sini, gagal siapkan assignment (ekhemsssss), gagal siapkan fyp(ehem ehem ehemmmm), gagal mengampu lecturer bg dapat carry mark tinggi sikit, gagal subjek teras mahupun elektif, gagal menjadi seorang anak yg solehah soleh whatsoever, gagal menghabiskan makanan di atas pinggan, gagal menepati janji (ni terlalu selalu terjadi) dan blablabla banyak lagi contoh gagal. 

aku taknak sembang pasal gagal cinta, gagal move on apa jadah. aku taknak!

aku nak sembang pasal gagal yg sinonim dgn students. ekhem. serta merta aku rasa berdedikasi. *pebetui spek*

so biasala la time time macam sekarang ni. almost semua U tengah kecoh nak keluar result finals hari tu. tak terkecuali la U yg aku menuntut ilmu, Unimas mmg takpernah kalah dlm race antara ipta yg keluarkan result yg maha awal. taksampai berapa hari melenggang dekat rumah, dah kena cuak result nak keluar. bengong!
Aku steady aje. 

sebab selalunya yg result aku pun kak aku yg selalu kepo nk tengok kan. 
sebab aku takpernah nak expect apa apa. 
sebab aku dah belajar dr kesilapan
bila terlalu berharap, sakit juga yg dapat kat hujung hujung tu. #truestory

sikap terlalu berharap atau put up on too high expectations itu dah lama aku buang jauh jauh
sejak aku tengok result sem 1 lagi. 

dulu masa pulun nak expect too much kat satu subjek tu. konpiden aku dapat A, then keluaq result, nahhhh C dia bagi. padahal masa finals rasa mcm champion dah. aku lupa yg ada group assignment apajadah semua tu. setakat final ja baru 40%. lulus pun dak lagi. Rasa nak reyau ouh bila tengok dpt C.

tapi bila aku settle down sorang sorang tepi tingkap malam malam (acah acah deep), aku pikiaq balik, ekk elehhh dah kenapa aku nak sedih bagai ni? ada sebab lah kenapa aku dapat C. ada la dissatisfaction tu, tp mungkin ada tak kena dkt assignment aku or quiz. mana lah aku tahu lecturer tu mark mcm mn, itu hak dia. 

lepas tu aku dah tak expect apa apa lagi. apa ja result aku, aku terima. 
setiap kali habis finals, I will say to myself, Erik, you've tried your best. Whatever stated in the result, just accept it and live on. tp setiap kali aku nak exam pun, aku akan niat nak lulus dan dapat pointer atas 2.5.
kalau pointer naik, I thank God. kalau pointer turun, I thank God jugak. 
bukan sebab apa, kalau pointer aku jatuh 2.5, akan effect other things. pitipitien misalnya. taknak lah aku kalau sumber kewangan aku tersangkut. rabak lah aku. takkan aku nak meragut rumput pulak?
takkan aku nak mengemis tepi Summer Mall pulak? 
aku nak makan jugak mahai mahai. hiks. 
aku nak minum ayaq kopi mahai. ekhems 
aku nak beli jeans baru. 
hang ingat tikat flight pi sarawak tu murah ka? mahai deknonnn ~,~"
nak cekau mana pulak dah duit tiket itu? pitipitien lerhhh
so aku kena la jaga pointer aku taknak kena hold or sewaktu dengannya
untuk keselamatan kebahagiaan keselesaan aku jugeks.
:)

setakat ni belum pernah lagi aku gagal subjek sejak aku menuntut dekat sarawak ni.
dan aku harap aku tidak akan gagal subjek.
bukan apa, aku nak grad on time hujung tahun ni, insyaAllah. 


tapi I have this eww eww feelings lah bila aku tengok org yg jenis tak reti nak bersyukur dgn result sendiri ni.
like seriously, you got what you deserved. 
setakat nak sedih seminit dua ni aku boleh lagi terima. 
ini tidak, manjang nak sedih, sampai masuk sem baru pun duk sedih tu la. 
bodoh apa tah, dah dapat C tu terima ja la. kalau tak puas hati sangat, pi retake lah subjek tu. apahal? benda boleh buat. ni hang duk sedih meroyan mcm org tak belajar dah kenapa? pelik lah manusia pesen gini.
Aku cukup pantang orang tak bersyukur dgn result sendiri ni. 
padan muka hg lah siapa suruh expect nak hebat hebat ja. 
lain kali kalau dah jawab exam rasa mcm takboleh pergi, hg takpayah expect apa apa. senang.
bila keluar result hg steady ja. kalau fail, hg repeat. kalau lulus, hg bersyukur.
mudah begitu. 

kena pandai la handle perasaan dan minda.
mindset tu penting. 

ini tidak. dah result teruk, nak sedih. lepas tu nak salahkan orang lain. itu lagi macibai perangai.
part salahkan org lain mcm dia lah manusia sempurna sekalian alam. 
rasa mcm nak lempang orang mcm ni.
salahkan orang lain yg sama grup dgn dia. pehh. wakluuu. kalau hg tahu yr grup mates mmg bodoh alang, kenapa hg grup dgn dia? nak jaga hati? padan lah muka hg. hg nak jaga hati org tapi bila result hg tercela sbb dia yg bodoh alang, baru hg nak meroyan? mcm tu kawan ke? itu bangang abadi.
back off awal awal kan senang. 

sama lah bila kau pergi makan kat rumah membe kau, kau tengok dia masak mcm mcm, kau pun amek lah pinggan letak lauk itu ini. bila saat kau makan tu, baru kau sedar yg masakan tu tak sedap dan pedas ya amat. (kau tak makan pedas) apa kau nak buat? kalau kau tanya aku. aku boleh lagi consider kalau taksedap. tapi bila pedas. aku takboleh dah kompromi. aku tinggal aja mcm tu. lantak lah dia membe aku ataupun apa pun. Jaga hati org lain pun berpada pada lah. hati kita siapa pulak nak jaga?

Kalau kau takberani nak bgtau apa yg kau nak, jgn lah kecah bila kau dapat apa yg kau taknak. 

jadi kalau taknak gagal, cuba lah jangan terlalu berharap.

cuba. k?

kbye. 

Comments

Popular Posts