deruan bayu laut dan bauan pantai yang menggiurkan 3.0

well hello. 
hari ini hari jiuumeat (jumaat) 
sebenarnya even hari ni aku cuti sempena Good Friday, but still hari ini agak hectic.
sebabnya aku ada submission.
and aku tak siap pun lagi. sepatutnya aku buat pg tadi pukul 2 sbb aku ter off kan alarm sbb 
syaitanirrojim duk bertenggek kat atas mata aku mmbuatkan aku sambung tdoq sampai pukul 10 pagi.
hahaha
nasib baik submission kena hantar via email ja. takpayah hardcopy bagai
jadi aku pun settlekan asisgnment enam page tersebut dgn power nya.
ekhems.
ini bukan blogpost pasal nak merapu atau menyesal apa yg aku buat assignment last minute. bukan. 
ini hanya introduction kepada part three yakni part terakhir trip aku ke Langkawi aka Maldives Malaysia, kata kawan aku. aku iyakan aja.

hari ketiga.
11 April 2014.
sebab semalam tu penat sgt dgn segala bagai indoor dan outdoor activities, makanya bangun tdoq pada hari ketiga ini agak lambat.
semua dah terlajak tdoq sampai pukul 10. 
sepatutnya, ikut plan aku nak main jetski, parasailing dan juga banana boat pagi ni before siap siap utk balik ke kuching.

tapi itulah org ada jugak kata, "kita hanya mampu merancang, Tuhan yg melaksanakan"
hah mcm tu lah cerita dia.
takda rezeki nak main air lagi :(

tapi takpa. aku kental.
jom siap pergi cari brekfes. ingat nak lah makan nasik lemak sambal kerang lagi before balik tapi...
hari tu Jumaat. kedai tu tutup :(
kecewa kuasa dua.

terus berjalan. 
dan di hujung jalan tu ada satu kedai makan. ya ada nasik lemak bungkus
bedal je lah.
pedas gila >,<"
rasa nak menangis aku time makan tu. celaka makcik ni marah ke siapa sampai pedas sgt ni woi!
aku mkn tak habis. lantak lah.


okay next stop sebelum balik ke resort, nak ke landmark LANGKAWI PERMATA KEDAH
nak tgkap gambar dekat situ.
jumpa! eleh sebelah Underwaterworld ja pun. tapi kena masuk dlm sikit.

puas bermain pasir, celup kaki ke pantai, tangkap gambar.

boleh balik dan bersiap dan mandi dan get ready nak check out.

flight pukul 2.10pm kot.


ingatkan kena letak kereta sewa dekat resort ja dan ambil teksi ke airport. tapi brader travel&tour pun kasi mesej yg dia cakap bawak ja kereta ke airport. nanti dia ambil ke sana. 
cantek!


sebelum sampai ke airport, kami makan lagi sekali laksa dan pasemboq dan cendoi. tapi dekat gerai yg lain.
sbb gerai yg haritu belum bukak. emm belum bukak atau tak bukak, itu aku taksure. 

sedapnya laksa. 
mmg sah lah, memang Laksa itu feveret aku. tambah dengan cendoi. dua feveret aku.
kalau bg hantaran nti (in case aku kahwin lah kan) takpayah kasi hantaran kek pelik pelik tu, aku tak makan. better kasi sebesen cendoi ke aku. nescaya, akan ku sayang bakal suami dan segala kaum kerabat beliau.
tapi make sure itu cendoi org utara nah? sbb cendoi org utara ja sedap dan tak pelik. cendoi makan kat tempat lain pelik pelik ja. letak ais sagat lah, kacang lah, aiskrim lah, ehh pelik betul 
~,~"


kenapa cerita pasal hantaran pulak ni? dah terpesong sangat dah ni Kaa. aherherher
balik ke pangkal jalan!

okay sampai airport.
dan bersedia utk check in, 
bye Langkawi yg cantik dan nyaman dan permai dan harmoni dan punyai makanan yg murah lagi sedap.
nanti nak datang lagi. 
sebab kempunan nak main jetski :( 
sedihnya. 


sebenarnya kalau pergi vacation kat Langkawi, even short vacayy sekalipun, paling short sepatutnya seminggu. bukan kurang dari itu. 
kalau tak, melepas nak pergi tempat best best.
nak makan best best sedap sedap
nak feeling feeling org paling sibuk dekat bandar tapi dpt mencuri kejap masa utk holiday tepi pantai.
best. sumpah best. 
dapat tenangkan fikiran, yg siapa tahu ada simpan sejuta masalah dalam tu kan?
dapat shopping ceklat murah walaupun tak gemar ceklat kan?
hehehe


sekalung tahniah kepada semua ahli rumah 2576 yg terlibat.
sejambak bunga tulip kaler purple buat pemberi arah jalan supaya tak sesat ke Selat Melaka iaitu Abam Waze yg kacak lagi bergaya. 
terima kasih jugak kepada @ainytaf atas kesudian beliau meminjamkan tab utk tujuan selfie dan selfish.
Mimhadi sbb sudi datang dan lepak dan bawak pusing pusing serta beberapa tips ketika island hopping.
nak thanks ke siapa lagi ni?
ohh ya.
Kaklong tersayang atas kesudian menaja adik beliau yg tersayang lagi penyayang ini pergi bercuti.
terima kasih jugak kepada pakcik pilot dan crew sbb bawak kapal terbang dgn laju dan sampai dlm waktu yg dijangka. 
Langkawi hujan time weols sampai dan time weols nak balik.
nampak sangat Langkawi sayang nak lepaskan weols balik. hihiks

okay gedik sgt bunyi ni. 
nak tengok gambar kan? 
jom lah apa lagi. 

sesi merenung pantai kali terakhir sebeum balik ke pangkal jalan. kahkah

model pantai belum ditauliahkan, Fifi


landmark LANGKAWI PERMATA KEDAH. ohh btw, itu bukan kereta weols.

cuba teka, siapa ja yg dah mandi dalam gambar ni? haha. 

my beloved house mates. from left Ummi/Aton, Nini, Fifi, Yuyu 

sesi memenuhkan perot before balik. 

berkodi kodi beg theyols. aku ja relaks galas beg. mana aku?ehh. haha

ekhems. itudia aku bergaya ala ala org nak pi honeymoon. hand luggage pinjam yg Fii. 

bye Langkawi :')

sungguh aku akan merindui deruan bayu laut dan bauan pantai yg menggiurkan ini. 


lastly, terima kasih awak, 
nasib baik ada awak tau sayang, kalau tak, tak makan saya. hmmm

so apa lagi yg takpernah pergi Langkawi tu, 
pergi website airasia sekarang, tapi kalau nak MAS pun boleh.
usha tiket murah, book dan ajak kawan kawan sekali.
kalau nak pi sorang sorang pun boleh, takda sapa marah pun.
tapi kalau ada kawan lagi best, 
apa org putih cakap, inilah masa utk build your memories. 
"travel far enough, you meet yourself". 


"Like all great travelers, I've seen more than I remember & remember more than I've seen".-Benjamin Disraeli

Comments

Popular Posts