deruan bayu laut dan bauan pantai yang menggiurkan 2.0

(aku nak sambung part two trip to Langkawi ni woi)
10 April 2014.

bangun bangunnn! 
sesudah subuh, aku tgh mamai mamai ni pun berkata ke Fifi
"Fii, semalam dah tengok sunset. jom pagi ni tengok sunrise?" dengan konfiden dalam mamai aku ajak housemate aku.

dia pun sama tgh mamai, reply, "jom. kita dua ja ka?"
"ya lah. depa kan tgh tdoq lagi. lepas tu kita brekfes tepi pantai nak? wuuu"
"jom, tapi kan Kaa, ni mcm dah rise ja sun tu. mcm dah cerah ja"
"ehh yalah kan? kita kat langkawi, bukannya Sarawak. sunrise mendanyaaaa? jom pi beli brekfes lah"

hahaha. Sarawak kalau hg nak tengok sunrise time subuh boleh la. sbb gelap lagi. ni dah pukul 6 lebih kan nak sunrise apanya kat Langkawi? bongok jugak aku ni kalau ada conversation pagi pagi buta. heh

jadi aku dan Fifi pun berjalan lah dr resort kami demi mencari sepinggan dua nasi lemak buat brekfes. jalan punya jalan. tadaaaa jumpa kedai brekfes jual nasik lemak. weeeweeuuuu
aku tapaw nasik lemak sambal kerang yg awesome gila. fifi pulak mee goreng dan another tiga bekas nasik lemak ayam ke depa yg masih enak dibuai mimpi. mentang mentang sejuk sampai ke tulang tdoq pun nak lama lama. 

takda semangat nak bercuti langsung. choi.

jadi kami berdua tinggal kan mereka yg sedang dalam keadaan serba kerugian tersebut. lalu teruskan langkahan kaki ke pantai cenang belakang resort. ehh Yuyu pulak tiba tiba bangun nak join weols brekfes tepi pantai.
pehh nang nyaman siot. 
seriously, idea gila mmg kadang kadang seronok. idea gila makan atas pasir pantai dengan beralaskan plastik tapaw makan td, org lain baru duk menggeliat atas katil, pekerja pantai baru nak susun kerusi lipat kat tepi pantai, brader jetski baru keluarkan jetski, aku dan mereka relaks makan nasik lemak. 


lepas makan, masa utk selfie, celop celop kaki kat tepi pantai. hello. time is running out.
hari ni kita ada hectic schedule hoccay??
bermula dgn island hopping kemudian nak shopping cekelat yg org org pesan blablabla


island hopping is one hell of activity. mmg best!
mula mula hop to Pulau Dayang Bunting. Dayang Bunting Marble.
lagenda mengatakan kalau hampa kawen dah lama tapi takdak zuriat lagi, elok lah pergi menyuburkan diri, mandi/berendam dekat tasik dlm pulau tu. nak pergi ke tasik tu kena hike sikit. ehh sikit mendanya, agak banyak jugak anak anak tangga yg aku kira sementara nak sampai ke tasik tu. fuhh penat mmg jgn tanya la.
aku rasa nak tendang org ja punya penat mendaki. mmg aku tak fit pun. aku kan gemok. kahkah


so dah sampai kat situ, sebab aku tak angkat life jacket aku sekali, aku tak berapa yakin nak mandi kat tempat org dewasa tu, meaning nya berendam betul betul dalam tasik tu la. ramai jugak orang. hmm
tapi aku peduli apa. aku nak mandi jugak. aku pun dengan muka tak malu nya terjun masuk dlm tempat kanak kanak mandi. kahkah! tapi agak dalam gak tempat tu. paras atas perut aku jugak lah. 
mehehehe. aku mandi jugak. kawan2 aku yg lain sebok ja bergambaq kachak kachakk kachakk (bunyi kamera) aku yg penat hike tu, takkan taknak mandi pulak kan? mandiiii.haruslah aku ambil kesempatan utk menyuburkan diri aku. kahkah! sebab lepas ni aku dah taknak pergi situ lagi dah. melainkan aku dah fit. 
babi penat gila kot mendaki pergi situ. geram ja rasa. hilang sambal kerang aku dlm perot tu. keluar jd peluh. kahkah

okay dah. next stop is eagle feeding dekat Pulau Singa Besar kot kalau tak salah aku.
pehhhh banyak betei helang kat situ. rakus betei aku tengok dia sambar sambar isi isi ayam yg org tabur kat tgh laut tu. yg aku perhati ada tiga kaler helang terbang kat situ, kaler koko, putih dan merah.
pakcik yg bawak bot kami tu pun berkata "haa tengok tengok helang tu. kalau nak tau, bapak helang kaler koko tu ada kat Dataran Lang. besaq lagi dr yang ni"
aku pun gelak lah. sbb joke pakcik tu sampai ke aku.
ramah betei pakcik tu. 
tengok helang tu buatkan aku teringatkan Dubai pulak. sbb masa aku pergi Dubai dulu, aku pernah beranikan diri aku biar helang hinggap kat atas lengan aku. helang putih. Tuan nya tanya aku nak dia letak helang dia kat lengan ka kat atas bahu aku? pehh aku tak berani lah siaa nak letak kat bahu. aku tengok dia renung aku mcm nk patuk aku ja. tahu lah hensem pun. okay biar cerita Dubai. sekarang cerita Langkawi. hiks

settle perhati helang.

kita ke last stop. Pantai Beras Basah utk aktiviti riang ria mandi manda wuuhoo!
this time I make sure I bring along my life jacket. so that I can mandi dan terapung di atas laut lama lama
kihkih
paling aku pantang dekat sini bila ada byk kera. walaupun binatang tu kecik dr aku, tp aku neves lah tengok muka dia yg suka perhati tu. dia aim nak ambil barang org tu. cekadak betei
nasib baik Mimhadi dah kabor semalam yg kalau island hopping jgn bawak makanan. kera tu berkenan. nti dia ambik. huaaaa aku sendiri tengok kera tu ambik barang foreigner tu. ahh mampus awak lah. saya nak mandi. aherherher

bestnya mandi kat situ. air pantai dia clear gila. bestnyaaaa! kenapa dia bg sejam ja kat situ? kenapaaaa? 
aku nak 13 jam kat situ. aku suka mandi pantai. lantaklah muka aku nak burn serupa haram sekalipun. kulit aku naturally cerah, kalau gelap, nanti dia find its way back. gittu. :P


balik ke resort. siap siap. nak ke Kuah

luncheon di gerai makan nasik lauk lauk depan kompleks HIG. aku makan nasi with ikan keli bakar. yummeeehhh!

kemudian terus masuk dlm kompleks tu. beli beli beli ceklat. aku yg tak makan ceklat jd blank terus taktau nak beli apa. apajadah banyak gila ceklat ni? aku ada kena beli ceklat ni. kawan2 aku ada pesan. rm100. aku yg kurang ada pengalaman dgn ceklat ni, pejam mata dan grab grab grab ja mana ceklat yg nampak mcm murah + enak + menarik mata memandang (nak cukupkan rm100)

okay settle. bayar dan terus aku lepak kat kerusi luar tu. sambil tunggu mereka yg masih leka dan gila dgn kemurahan ceklat di Langkawi.

terus ke Pekan Kuah. park kereta dan berpecah. aku & fifi. kami berjalan ja sekitar Kuah Town tu. yg paling best, dompet aku dekat Nini. cantek sgt. lantaklah. aku pun jalan je lah. fifi beli itu ini. beg lah baju lah. mcm2
ehh aku pun beli jugak. Pringles extra Cheese, dan baju. (Fii bayarkan dulu)

  

sampai ke maghrib jugak kami kat situ. sampai si driver dah terlena dlm kereta. 

okay bertemankan Waze yg hensem, kami teruskan perjalanan utk Dinner. ke EE Burger. 
aku ada baca kat tenet sebelum ni, org2 yg pergi langkawi msti pi makan situ. EE Burger. so why not aku try kan. nak tengok apa yg best nya makan situ. nak cari kedai beger tu satu hal punya susah. guna waze pun kurang nampak lagi. rupanya dia terlindung antara dua kedai makan cina. mmg kena masuk ke dalam dulu. wkwkwk

emm emm aku order burger bakar daging. emm emm Ned, kalau kamu baca ni, kamu tahu kan kenapa saya order nak makan ni? kamu tahu kan? kamu ingat kan saya pernah bgtau sesuatu ke kamu pasai makanan tu? tapi kan saya dah kabor, nothing compares to that. dah lama sangat teringin nak makan, tp entah lah. sbb ada kenangan pahit, jadi rasa teringin tu aku tendang jauh jauh. walau dr mana sekalipun makanan tersebut di buat. EE burger pun EE burger lah. sedap. tapi I'd taste better :')

blurpp bluprpp kenyang
okay nak ke mana lagi? okay singgah ke Dataran Lang
jalan jalan terserempak dgn brader dan sekeluarga ular.
aku pun pegang lah. bila lagi nak pegang usap usap belai ular  kan? *angkat kening*
tangkap gambar dkt patung helang yg sebesar alam tu. then balik lah apa lagi


balik lah. nak mandi pantai lagiiii


okay sampai balik resort. tukar baju, terus ke pantai 
mandi pantai malam malam ni sesuatu sangat.
wajib buat kalau pergi pantai. air dia sejuk amboi sangat.
lepas tu landing atas pantai tu sampai terlena. pedulik apa. takda sapa nak heran pun.


balik tu tidur lena tak bersuara.

esok last day ni woi. 
esok cerita esok lah k?
haha



nasik lemak sambal kerang awesome, mee goreng awesome, nasik lemak sotong awesome makan tepi pantai, emm bertambah awesome.


belum apa apa lagi kaki aku dah burn. ahh pedulik lah!


tadaaaa tudung amah ekpress pun muncul. muka takmandi ni siaaa muka kenyang telan sambal kerang. hihi


muka theyols dha tak sabar nak rempit dlm bot. weh, plastik tu semua punca tarikan kera lah!


hihi dalam bot ni woi. hihi best ni woi


amboi sukanya muka. padahal aku tgh dlm mode jaga jaga takot topi besar gedabak aku tu dibawa angin ja ni. 
steady steady.


sesi mendaki yg hati dan kaki aku tak relaaaaa ~,~"


itu dia tasik dayang bunting. itu dia


aktiviti menyelup kaki dalam tasik sambil ber selfie. hihiks


tadaaa kan dah masuk. mandi bersama adik adik.


the dayangs. yg belum bunting. kahkah!


dinner at EE Burger! nang nyaman. 


mcm ni lah hasil gambar kalau tgkap gambar time malam, ni dekat dataran lang. 


lupa letak gambar ni tengah mandi. hihiks. 


Dataran Lang peace cho!


BUKAN SENANG AKU NAK POSE MUKA INNOCENT CENGGINI WOI!!


hahahhaha. 
kbye.

Comments

Popular Posts