orang nature yang taktahu berenang

hah

oleh sebab aku dah takda idea nak buat apa dalam hujan ni melainkan tidur (yg sekejap lg bakal aku buat) aku decide nak bercerita sedikit. 

yalah lama tak bercerita. kau pun mesti rindu nak baca cerita aku kan? (perasan ada follower blog) 

berkenaaan tajuk post 

apabenda ni orang nature yang taktahu berenang ni? kahkah

aku lah tu. 

orang yg suka/gemar/suka sangat sangat/minat/in love dgn nature. aku lah tu. aku suka. 

my favorite getaway would be beach/island instead of membuang masa di dalam bangunan konkrit yg bosan dan cliche. 

orang suka nature tapi taktahu berenang tu aku lah. sebab aku tak reti berenang. noob kan aku? kahkah tp itu tak menghalang aku untuk lebih mencintai nature. hagitu padahai takreti berenang pasai selalu tekapai kapai tiap kali dlm ayaq mcm blerghh bila nak reti berenang ni Kaa???? blergh

tiba tiba aku nak cerita pasai aku dan nature ni dah kenapa? blame it on kak hanto's latest blog post. kecoh duk cerita pasal langkawi yg semua org tau awesome tu. helooo langkawi kot. opkos mehh awesome. kalau boleh bermastautin kat situ boleh dak? pleaseee. haha haha I've fall in love the first time I set my eyes on Langkawi. 

tahun 2014 (setakat ni) dah 2 kali aku pi Langkawi 
sekali dgn housemate 2576
kali kedua dgn rombongan w/ makteh pakteh bunn dan lain lain. 

kali pertama best. sbb pi dgn kawan2 and gamble dengan waze sbb takda peta. 
kali kedua tak berapa best sbb hotel kat tengah tengah Pekan Kuah. I meannn where is the beach, biatch? I want to feel the sand and beach and everything. kemonnnn duduk pekan Kuah ada apa? kedai duty free yg belambak. hell no aku takminat nk shopping ni. ohh lupa aku kan ikut rombongan w elders. org tua tua takminat lah deknon nak jalan2 tepi pantai, parasailing or even ride on a banana boat. yg muda dlm rombongan tu aku & bunn ja. hergh

tp yg best tu makan on the first night tu. seafood!!! perkara wajib bila sampai Langkawi, you must makan seafood. aku ratah ketam mcm org takpenah jumpak ketam 12 tahun. kahkah ahh pedulik apa. benda depan mata deknon oi. makan ja la. 

ohh I want to go to Langkawi lagi. sebab nak try parasailing, mangroove tour (bcs island hopping is too mainstream) dan kalau Panorama skybridge dah reopen, opkos aku nak pergi! siapa yg taknak jalan jalan atas awan kan? fuhhh just thinking of it brings smile to my face. happy thoughts happy thoughts. 

kak hanto cakap nak pi Langkawi as graduation vacation beliau. biarlah dia dan langkawi dia. lagipun masih byk tempat kt lgkawi yg dia tak sempat nak merasa. skycab contohnya. 

aku pun dah plan dgn Fii nak vacation lepas aku dah grad nanti (sbg hadiah aku dh grad kepada diri sendiri). sekarang ni aku kasi chance Fii kumpul duit. niatnya aku nak forever alone backpacking, dia tak kasi. dia nak follow aku jugak. haha haha okay aku relakan aja. I was thinking of Kapalai island. 

niceee nya. yaampunnnnn

as for choice of honeymoon place, kak hanto nak pi Langkawi lagi sbb dia memang gila obses dengan langkawi. entah kenapa tanya lah dia sendiri. 

as for me, aku pun ada jugak my own choice of honeymoon place. kahkahkah walaupun aku takmau kawin kan? 

i choose you Gili Trawangan!!!!!

letak lah gambar yg dicuri secara terang terangan dkt pinterest ni nak bg uols tengok betapa indahnya tempat tersebut. 






senang kata, gili trawangan is one of three gili islands yg ada dekat Indonesia (Lombok, west Nusa Tenggara) apa yg aku tahu dan baca sikit sikit, no cars or motor are allowed there. people just cycle or walk. i guess that's what attracts me. org pergi situ selalunya dr Bali naik bot around 2+ hours sampai lah kot. mostly yg pergi situ sbb nak snorkeling. aku nak pergi situ sbb aku jatuh cinta pandang pertama bila tengok one of my following on ig yg pergi situ dan bila aku tahu nama tempat tu, like woww apa kepeliknya nama tmpat ni? tp woww sekali lagi, cantiknya swing ittuew, birunya air laut ituew, sexy betul mcm terpanggil gila gila nak pi. hergghh who would ever thought yg lombok would have such beautiful secret islands dan kelihatan seolah olah surga itu sememangnya wujud si dunia. ehems puitis. no seriously, hang tak rasa tergoda ka tengok kecantikan dan keseksian gili trawangan ni? no wonder dulu kecoh anak perempuan kena bawak lari oleh jejaka dr lombok. acewahh bawak dtg sini lettew. haha haha

terus masuk dlm #bucketlist. 

okaylah. bye. 


Comments

Popular Posts